fbpx

Asteroid sebesar dua padang bola lintasi Bumi petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asteroid dikenali sebagai 2017 TS3 itu mempunyai diameter sehingga 219 meter dan saiz itu tidak dianggap terlalu besar. – Getty

WASHINGTON – Sebuah asteroid bersaiz dua buah padang bola dijangka melintasi Bumi sebelum pukul 2 petang hari ini, lapor akhbar Daily Star semalam.

Asteroid dikenali sebagai 2017 TS3 itu mempunyai diameter sehingga 219 meter dan akan memecut melintasi Bumi pada kelajuan 35,000 kilometer sejam.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), meskipun dijangka melintasi Bumi pada jarak yang ‘agak dekat’, asteroid tersebut tidak akan menghampiri planet ini dalam jarak sehingga 8.7 juta kilometer.

Tambah NASA, asteroid TS3 juga akan mendekati Bumi ketika ia membuat pusingan pada Matahari.

Bagaimanapun, ia tidak akan mengganggu planet ini kerana saiznya dianggap lebih kecil berbanding asteroid-asteroid lain dan tidak akan menghampiri Bumi melebihi jarak jangkaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI