fbpx

Bomba dukung 14 pelajar terperangkap banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan anggota bomba sedang mendukung seorang pelajar untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat.

SERDANG – Pasukan bomba mengambil langkah mendukung 14 pelajar yang terperangkap di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang petang tadi selepas kawasan tersebut dinaiki air.

Kesemua mereka dikatakan terperangkap di sekolah berkenaan selepas banjir kilat berlaku ekoran hujan lebat bermula kira-kira pukul 5 petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, anggotanya mendukung pelajar itu ke tempat yang lebih selamat selepas kawasan sekolah dinaiki air.

“Kita menerima maklumat pelajar dan guru terperangkap di sekolah itu pada pukul 7.45 malam.

“Difahamkan lori yang digunakan untuk memindahkan mereka keluar telah terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

“Jadi, anggota kita mengambil pendekatan mendukung semua murid termasuk memindahkan keluar 18 guru,” ujarnya sebentar tadi.

Menurutnya, sebaik diselamatkan, kesemua pelajar diserahkan kepada ibu bapa masing-masing.

Jelas beliau, banjir kilat di kawasan berkenaan dilaporkan sudah mulai surut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI