fbpx

Rekod tanpa kalah paling lama KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARTIBAN menjaringkan salah satu daripada empat gol ketika KL City membelasah Sarawak United 4-0 pada aksi Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu lalu.

KETUA jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak menuntut barisan pemainnya agar tidak berasa selesa dengan situasi semasa selepas merampas kedudukan tangga teratas Kumpulan A Piala Malaysia ketika ini.

Kejayaan itu hadir selepas The City Boys membelasah pencabar terdekat yang jatuh di tangga kedua, Sarawak United 4-0 dalam aksi ketiga Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu lalu.

Kini, genap setahun KL City tidak kalah di laman sendiri da­ripada 13 perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan sejak tumpas 0-2 kepada ­Kuching City FC pada 31 Oktober tahun lalu.

“Keputusan yang sangat baik selepas saingan Piala Malaysia berehat lama. Aksi pertama ­biasanya sedikit sukar tetapi gol ketiga kami telah menamatkan perlawanan itu.

“Kemenangan ini tentunya memberikan suntikan semangat terbaik untuk menghadapi aksi seterusnya. Saya harap satu lagi keputusan positif dapat diraih.

“Saya difahamkan ini adalah rekod tanpa kalah paling lama (buat KL City). Ia satu penca­paian yang bagus tetapi saya harap pemain terus tingkatkan permainan ke tahap lebih bagus,” kata Hodak.

Empat gol KL City diperoleh menerusi dua jaringan Romel Morales pada minit ke-10 dan 12 selain masing-masing satu daripada J. Partiban (m-55) serta Ryan Lambert (m-59).

Esok, KL City akan meneruskan aksi keempat Kumpulan A menentang Sarawak di Stadium UITM, Shah Alam, manakala satu lagi perlawanan melibatkan Penang FC yang berdepan misi membalas dendam ke atas Sri Pahang FC di Stadium Bandaraya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI