fbpx

NASA rakam foto bintang menyerupai ‘portal’ ke dunia asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bintang itu kelihatan seperti terperangkap di dalam sarang labah-labah jingga yang membungkusnya. - ESA/Hubble & NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengeluarkan sebuah imej bintang gergasi yang sedang mati, yang disifatkan kelihatan seperti portal ke ‘dunia asing’, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Bintang merah yang telah tua itu dikenali sebagai CW Leonis dan mempunyai ‘sinaran mengerikan’ yang memancar ke seluruh angkasa lepas.

“Foto bintang gergasi merah CW Leonis yang semakin tua itu kelihatan seperti sesuatu daripada kisah Halloween.

“Bintang itu kelihatan seperti terperangkap di dalam sarang labah-labah jingga yang membungkusnya,” demikian kenyataan dikeluarkan NASA.

Tambah organisasi angkasa lepas itu, walaupun bintang tersebut kelihatan seperti ‘vorteks hipnotis’, ilusinya yang menyeramkan sebenarnya berlaku disebabkan oleh keadaannya yang kehabisan bahan api.

“Pancaran cahaya terang yang memancar keluar dari CW Leonis adalah salah satu ciri bintang yang paling menarik.

“Ia telah berubah dalam kecerahan dalam tempoh 15 tahun iaitu jangka masa yang sangat singkat dari segi astronomi,” tambah NASA.  – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI