fbpx

Ileana D’Cruz kurang mahir di dapur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ILEANA D'CRUZ

GARA-GARA jarinya terhiris terkena pisau ketika sedang memasak, pelakon Ileana D’Cruz menangis seperti kanak-kanak kerana tidak tahan berasa sakit.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, pelakon berusia 34 tahun itu menceritakan kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang memasak di dapur dan tidak sengaja terhiris dua jarinya dengan pisau sehingga terluka.

“Saya menangis seperti budak-budak kerana menahan rasa pedih. Nasib baik jari masih ada (tidak putus),” ujarnya.

Kata pelakon yang pernah membintangi filem Barfi itu lagi, kejadian tersebut bukan kali pertama dialaminya.

“Sejujurnya saya tidak begitu handal di dapur. Sudah beberapa kali jari saya terluka ketika menggunakan pisau.

“Bagaimanapun, saya tidak pernah sesekali serik walaupun akhirnya saya akan menangis seperti seorang kanak-kanak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI