fbpx

Berang kalah pilihan raya, bekas ketua kampung cabut tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puluhan tiang elektrik dicabut selepas bekas ketua kampung kalah dalam pilihan raya. - TikTok

JAKARTA – Sebuah video yang menunjukkan aksi seorang bekas ketua kampung yang mencabut puluhan tiang elektrik menjadi tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuat naik akaun Instagram @memomedsos, lelaki itu dipercayai berbuat demikian kerana berang apabila kalah dalam pilihan raya ketua kampung di wilayah Jawa Tengah.

“Puluhan tiang elektrik dicabut selepas bekas ketua kampung kalah dalam pilihan raya.

“Penduduk Desa Guwo, Pati, Jawa Tengah dikejutkan dengan perkara itu, dipercayai kerana bekas ketua kampung kalah pada pilihan raya yang diadakan April lalu,” demikian keterangan yang dimuat naik bersama video tersebut.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan sebuah lori berwarna kuning yang menggunakan satu alat menyerupai tiang panjang untuk merobohkan tiang elektrik di kampung tersebut.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya memberikan pelbagai pendapat menerusi ruangan komen.

“Mujur kalah dalam pilihanraya, jika menang? Dia (bekas ketua kampung) sudah ibarat seperti seorang pencuri,” komen seorang netizen.

“Bertenang sahaja kerana masih ada ketua kampung dan tiang elektrik baharu,” komen netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI