fbpx

Rodriguez bakal ke Goodison Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRIGUEZ perlu meninggalkan Santiago Bernebeu untuk memastikan kariernya bersinar. - AFP

LIVERPOOL – Everton dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penye­rang Real Madrid, James Rodriguez sekali gus memberi sinar baharu dalam kariernya sebagai bintang bola sepak.

Perjanjian itu bakal menyaksikan Rodriguez akan kembali bersama Carlo Ancelotti yang sebelum ini membimbingnya di Santiago Bernabeu dan Bayern Munich.

Everton dilaporkan sudah mengemukakan tawaran untuk mendapatkan pemain antarabangsa Colombia itu yang berdepan situasi kelam bersama skuad bimbingan Zinedine Zidane itu.

Dia yang memiliki baki kontrak selama 12 bulan bersama Real dan dilaporkan akan menandatangani kontrak selama tiga tahun di Goodison Park.

Bulan lalu, Ancelotti memberitahu bahawa beliau sa­ngat meminati gaya permainan pemain berusia 29 tahun itu tetapi enggan menyatakan hasrat untuk membawanya ke Everton.

“James Rodriguez adalah pemain yang saya minati tetapi saya turut meminat ramai lagi pemain.

“Ketika saya meninggalkan Real, James mengikut saya ke Munich.

“Dia juga dikaitkan dengan perpindahan ke Napoli ketika saya berada di sana dan kali ini ke Everton kerana saya di sini.

“Dia adalah pemain Real dan kita perlu menghormatinya,” jelas Ancelotti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI