fbpx

Pekerja MASKargo KLIA tali barut penyeludupan dadah RM8.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (tiga,kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas di MASKargo KLIA. - Foto SUBKHI SUDARJI

SEPANG – Dua kakitangan MASkargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) boleh dianggap sebagai tali barut dan pengkhianat kepada negara apabila bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah bernilai RM8.1 juta.

Menggunakan modus operandi dengan mengisytiharkan lima kotak sebagai barangan elektronik untuk mengaburi penguatkuasa, usaha licik mereka bersama dua lagi rakan yang mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa bernilai RM8.1 juta akhirnya terbongkar selepas ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 22 hingga 26 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Datuk Razarudin Husain berkata, empat lelaki Melayu yang ditahan itu berumur antara 34 hingga 59 tahun mula aktif sejak pertengahan 2021.

“Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA telah membuat pemeriksaan pada 22 Oktober lalu pada pukul 9.30 malam ke atas satu penghantaran barangan menggunakan MASkargo ke Auckland, New Zealand di pusat kargo KLIA.

“Penghantaran itu membabitkan lima kotak yang diisytihar sebagai barang elektronik dan hasil pemeriksaan berjaya merampas 200 kilogram dadah jenis syabu,” katanya pada sidang akhbar kejayaan menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah untuk pasaran antarabangsa di KLIA di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman.

Beliau berkata, dua lelaki yang bekerja di MASKargo KLIA bersama dua rakan sindiket telah ditahan dan jumlah dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan seramai sejuta orang penagih.

Razarudin berkata, kes penghantaran dadah tersebut adalah kali kelima ditumpaskan sepanjang tahun ini dengan kerjasama pihak keselamatan KLIA. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI