fbpx

Penoreh getah terjerat love scam rugi RM74,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Seorang wanita warga emas yang merupakan seorang penoreh getah mengalami kerugian sebanyak RM74,800 setelah terperdaya dengan sindiket love scam sejak Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa yang berusia 63 tahun itu didapati berkenalan dengan seorang individu dikenali sebagai Ibrahim Aziz yang mendakwa tinggal di Ireland.

Katanya, mereka terlebih dahulu berkenalan menerusi Facebook sebelum berhubung lebih rapat menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Lelaki yang mendakwa dirinya seorang doktor itu kemudian meminta mangsa yang menyara hidup dengan menoreh getah untuk memasukkan sejumlah wang kepadanya bagi mengaktifkan akaun bank.

“Dalam masa sama, suspek juga telah mengirim barangan kepada mangsa sebagai tanda perkenalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI