fbpx

Barcelona perlu cari jalan halang Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI dilaporkan sudah menghantar permohonan kepada pihak pengurusan untuk meninggalkan Camp Nou pada jendela perpindahan kali ini. – AFP

BARCELONA – Bekas Presiden Barcelona, Joan Gaspart menggesa pasukan itu supaya terus menghalang pemain bintang, Lio­nel Messi daripada meninggalkan Camp Nou musim ini.

Menurutnya, The Catalan tidak boleh melepaskan Messi pada jendela perpindahan kali ini dengan nilai kurang daripada €700 juta (RM3.45 bilion) seperti yang termaktub di dalam klausa pelepasan pemain itu.

“Saya telah melihat kontrak tersebut dan ia sangat jelas. Klausa dan kontrak itu hanya akan berakhir pada Jun 2021.

“Saya lebih rela dia meninggalkan Barcelona pada penghujung musim depan secara percuma berbanding dia pergi dengan nilai yang lebih rendah daripada €700 juta. Musim depan dia sudah berusia 34 tahun dan kita boleh tengok berapa nilainya yang tinggal,” katanya.

Messi adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Barcelona apabila meledak 634 gol dan 276 umpanan gol dalam 731 penampilan dalam semua kejohanan.

Dalam pada itu, Gaspart mengakui bahawa situasi yang sama berlaku kepadanya ketika mengepalai pasukan itu pada musim 2000 hingga 2003 lalu dan mahu pihak pengurusan mengutamakan kelangsungan Barcelona terlebih dahulu berbanding pemain.

“Sesiapa yang mahukan Messi perlu membayar nilai pelepasannya. Perkara yang sama saya lakukan ketika melepaskan khidmat Luis Figo dan Rivaldo sebelum ini.

“Jika Messi pergi dengan nilai yang kurang daripada €700 juta, ia adalah suatu yang memalukan, lebih malu berbanding ketika mereka tewas 2-8 kepada Bayern sebelum ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI