fbpx

Naim sarkastik, ‘okey tak pakai mask, asal kaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naim Daniel memuat naik ciapan bernada sarkastik menerusi Twitter.

PETALING JAYA – Kedengaran kecewa dengan situasi bersifat dua darjat melibatkan orang kaya yang sewenang-wenangnya melanggar prosedur operasi standard (SOP), pelakon dan penyanyi Naim Daniel menegur golongan tersebut dengan satu ciapan sarkastik.

Naim atau nama lengkapnya, Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, tidak mengapa andai mana-mana individu tidak memakai pelitup muka dengan alasan yang pahit untuk ditelan realitinya.

“Pengajarannya di sini, tidak mengapa (okey) kalau kalian tak nak pakai pelitup muka (mask) di tempat awam.

“Sesungguhnya, memang okey asalkan kalian kaya,” ciapnya menerusi Twitter.

Ciapan yang dimuat naik pelantun lagu Purnama itu mendapat reaksi pelbagai netizen yang bersetuju dengan pandangan yang dilontarkannya.

Setakat pukul 10 pagi hari ini, ciapan Naim mendapat 13,400 tanda suka (likes) dan hampir 7,000 ulang kicau (retweets).

Difahamkan, ciapan berkenaan ditujukan buat seorang wanita warga asing yang membuat onar selepas didakwa enggan memakai pelitup muka di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.

Dia kemudian hanya dikenakan kompaun sebanyak RM3,000.

Kompaun berjumlah RM3,000 yang dikenakan terhadap wanita dilabel sebagai ‘Karen’ oleh kebanyakan rakyat Malaysia itu dikeluarkan bagi dua kesalahan iaitu setiap satunya berjumlah RM1,500.

Ramai dalam kalangan netizen melahirkan kekecewaan dan rasa terkilan kerana sebelum ini, rakyat Malaysia dikenakan tindakan kompaun setinggi RM10,000 kerana melanggar SOP.

“Rakyat biasa letak ‘mask’ dekat dagu kejap pun, kena RM10,000,” ciap seorang netizen memberi respons terhadap ciapan Naim seraya menyelitkan tanda pagar #compoundduadarjat dan #asalkaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI