fbpx

Perak FC harap butik bergerak dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Mohamad (kanan) menunjukkan baju jersi yang dijual selepas melancarkan Butik Bergerak Perak FC - Kopa Arena di Lenggong hari ini. ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH-Perak FC berharap rakyat negeri ini akan memberi sambutan kepada butik bergerak yang dilancarkan di Lenggong, Sabtu lalu.

Pengurus Besar (GM) kelab itu, Azman Noh berkata, sokongan orang ramai penting dalam usaha mencari dana untuk pasukan musim hadapan.

“Tujuan butik bergerak ini dilancar untuk memperkenalkan barangan sukan Perak FC kepada rakyat.

“Ia menjadi sumber kewangan Perak FC selain melalui perolehan lain termasuk tajaan,” kata Azman.

Pelancaran butik bergerak itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.

Menurut Azman, bas yang dijadikan butik itu akan bergerak ke seluruh pelusuk negeri untuk memberi peluang kepada masyarakat di luar bandar memiliki barangan Perak FC. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI