fbpx

Kes sembuh lepasi kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Angka sembuh masih melepasi kes baharu dengan 6,127 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,374,761 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian pula mencatatkan 4,979 kes termasuk 23 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,471,642 kes.

“Daripada kes harian yang dilaporkan, 85 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,894 kes (98.3 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 562 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 326 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak enam kluster baharu dikenal pasti melibatkan satu kluster pendidikan lain, dua kluster pendidikan tinggi, dua kluster komuniti dan satu kluster tempat kerja dilaporkan di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Kelantan dan Johor. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI