fbpx

Ramai pelancong beli toto, jersi di Padang Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN pelancong yang berkunjung ke Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Rata-rata peniaga menarik nafas lega selepas kawasan Arked Niaga dan Padang Waremart di sini kembali dikunjungi pelancong berikutan langkah kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri.

Seorang peniaga pakaian dan makanan, Juliana Arshad, 42, berkata, dia bersyukur apabila perniagaannya kembali pulih secara beransur-ansur.

“Dalam tempoh dua minggu ini, kami dapat melihat peningkatan jumlah pengunjung dari seluruh negara yang datang membeli-belah di Padang Besar.

“Sebelum ini, saya terpaksa berniaga ikan bagi menampung kos sara hidup. Saya harap suasana perniagaan sebegini akan berterusan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Tambah Juliana, kehadiran pelancong adalah limpahan rahmat buat peniaga-peniaga tempatan di Padang Besar.

Seorang lagi peniaga ­pakaian, Rosli Ya, 56, berkata, pendapatannya melonjak kira-kira 80 peratus pada hujung minggu berbanding hari biasa selepas rentas negeri dibenarkan.

“Ramai yang masih beranggapan Arked Niaga di Padang Besar tidak dibuka, sebenarnya lebih 50 kedai di kawasan Arked Niaga telah dibuka dan beroperasi.

“Penutupan sempadan negara hanya melibatkan warga Thailand, namun barang dagangan boleh dibawa masuk seperti biasa,” katanya.

Tambah Rosli, dia berharap agar pihak berkuasa mengambil inisiatif menceriakan kawasan Arked Niaga kerana ia adalah imej Perlis.

Sementara itu, seorang pengunjung, Aminul Hafiz, 34, dari Johor berkata, dia bersama anak dan isterinya mengambil peluang membeli-belah di Padang Besar selepas menghantar adiknya meneruskan pengajian di sebuah institut perguruan di Jitra, Kedah.

“Saya memilih membeli-belah di Padang Besar kerana ia mempunyai keunikan tersendiri. Saya sendiri gemar membeli pakaian sukan dan jersi di sini.

“Bagi orang perempuan pula, mereka mungkin memilih alas tidur atau toto selain pelbagai produk makanan dari Thailand yang dijual murah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI