KOTA TINGGI – Dua rakan sekerja maut selepas motosikal Honda RS 150 dinaiki mereka bertembung dengan kereta Perodua Myvi dalam kejadian di Kilometer 49 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku semasa pemandu Perodua Myvi dari arah Semenchu menghala ke Kota Tinggi.
“Apabila sampai di tempat kejadian, datang sebuah motosikal dari arah bertentangan memasuk laluan kereta terbabit lalu berlaku perlanggaran.
“Akibat pertembungan itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia di lokasi nahas,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE