fbpx

Aguero gemparkan aksi di Camp Nou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGUERO (terbaring) mengalami sakit dada ketika beraksi menentang Alaves dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. – AFP

BARCELONA – Penyerang Barcelona, Sergio Aguero terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan jantung selepas dilaporkan mengalami sakit dada ketika seri 1-1 dengan Deportivo Alaves di Camp Nou awal pagi semalam.

Aguero, 33, dikeluarkan sebelum tamat babak pertama pada minit ke-41 selepas dia menunjukkan rasa kurang selesa dengan memegang dadanya.

Penyerang Argentina itu terpaksa menerima rawatan sebelum berjalan keluar dari padang dan dibawa ke hospital untuk melakukan ujian lebih lanjut terhadap masalah tersebut.

“Aguero memberitahu ketidakselesaan di bahagian dada dan telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan jantung,” menurut kenyataan Barcelona selepas tamat perlawanan itu.

Selain Aguero, The Catalans turut kehilangan seorang lagi pemain utama iaitu Gerard Pique kerana kecederaan betis yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-70.

Dalam aksi itu, Memphis Depay membuka tirai jaringan buat Barcelona pada minit ke-49 sebelum Alaves menyamakan kedudukan melalui Luis Rioja berselang tiga minit kemudian.

Keputusan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan pengendali sementara, Sergi Barjuan yang dilantik menggantikan bekas pengendali, Ronald Koeman yang dipecat minggu lalu.

Sebagai rekod, Barcelona kini menduduki tangga kesembilan La Liga dengan 16 mata dan masih belum menang dalam tiga perlawanan terakhir sejak tewas kepada Real Madrid pada aksi El Clasico, 21 Oktober lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN