fbpx

Choa umum kahwin, puji karakter bakal suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOA

BEKAS anggota kumpulan Crayon Pop, Choa dilaporkan akan menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati pada 25 Disember ini di sebuah lokasi tidak didedahkan di Seoul.

Berita gembira tersebut dimaklumkan agensinya, Happy Married Company dengan berkata, Choa akan mendirikan rumah tangga bersama tunangnya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Pasangan itu mula berkenalan sejak tiga tahun lalu dan bakal suami Choa berusia enam tahun lebih tua daripadanya.

“Sejak kali pertama bertemu, saya terus dapat rasakan dia adalah lelaki idaman saya. Dia senang diajak berbual dan kami berkongsi banyak persamaan.

“Sebab itu dari awal pertemuan, saya sudah ada perasaan mahu mengahwini dia. Selepas kami bercinta, keyakinan saya bertambah bahawa dialah lelaki itu kerana gaya kerja dan sikapnya yang bertimbang rasa,” dedahnya.

Biarpun bakal berkahwin, penyanyi itu bagaimanapun berjanji untuk terus kekal dalam industri dengan melakukan banyak hal termasuklah kehidupannya sebagai artis.

“Saya juga ada perancangan untuk projek album pada tahun depan. Disebabkan peminat sentiasa di belakang saya sejak 10 tahun lalu, saya takkan lupakan semuanya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI