fbpx

Pulau seram dipenuhi tulang manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terdapat berpuluh-puluh ribu orang ditanam di Pulau Bardsey itu. - Getty Images

LONDON – Sebuah pulau terpencil di Britain mempunyai kisah silam menyeramkan bersama tulang-tulang manusia yang bersepah dan sejumlah kubur tidak bertanda, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pulau di Wales  itu yang kini menjadi habitat selamat untuk haiwan liar mempunyai sejarah menyeramkan.

Terdapat berpuluh-puluh ribu orang ditanam di Pulau Bardsey itu, malah jumlah mayat yang dikebumikan begitu banyak sehinggakan tulang-tulang  mereka terjulur keluar dari kubur tidak bertanda.

Pulau Bardsey terletak sekitar 3.2 kilometer dari Semenanjung Llyn di Gwynedd, Wales Utara.Pulau itu mempunyai sejarah keagamaan yang panjang sejak ratusan tahun dahulu.

Pada kurun keenam, seorang raja dan paderi Wales dipercayai mengasaskan sebuah biara di Bardsey dan mereka akan menjadikan pulau itu lokasi kunjungan jemaah Kristian  sepanjang tahun 1200-an.

Masyarakat dahulu percaya bahawa sesiapa yang meninggal dunia di pulau itu akan terselamat daripada kutukan abadi dan  dapat terus ke syurga, demikian menurut media Wales Online.

Bardsey dipercayai sebagai tempat yang amat suci sehinggakan mayat-mayat dari luar dihantar ke pulau itu.

Bagaimanapun, pulau kecil berukuran cuma 1.8 kilometer persegi itu menjadi terlalu padat dengan cebisan tulang mayat-mayat orang yang telah dikebumikan terjulur keluar dari lubang kubur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI