fbpx

10,000 polis bertugas PRN Melaka, Sarawak diberi dos vaksin penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (kanan) diiringi Shafien melihat kenderaan pacuan empat empat roda jenis Toyota Hilux GS Cargo yang diserahkan kepada IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Lebih 10,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Sarawak akan diberi keutamaan untuk menerima dos penggalak vaksin Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, PDRM sudah membuat permohonan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) agar semua pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam dua PRN itu menerima dos vaksin penggalak bermula 26 Oktober lalu.

“Setakat ini, seramai 3,600 anggota akan ditugaskan di PRN Melaka manakala lebih 7,000 anggota akan ditugaskan mengawal kelancaran PRN di Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.

“Kita masih menunggu kelulusan daripada KKM untuk suntikan dos penggalak. Selain itu, kita akan memastikan kesemua 127,000 warga PDRM menerima suntikan itu bagi mengelak berlakunya penularan jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan sebanyak 23 buah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux GS Cargo dan 11 buah van jenis Go Auto Higer ACE kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Dalam perkembangan sama, menurut Mazlan, penyerahan 34 buah kenderaan kepada IPK Kelantan itu bagi menggantikan aset pengangkutan yang sudah lama sekali gus memperbaharui imej PDRM ketika menjalankan tugas di lapangan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI