fbpx

Kedah antara 6 negeri diramal hujan lebat, ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir diramal membadai beberapa kawasan di enam buah negeri petang ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi negeri Kedah, amaran cuaca ini dijangka melanda kawasan Kuala Muda Sik dan Baling, manakala bagi negeri Pahang ia melibatkan daerah Lipis, Raub, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan dan Pahang.

Untuk negeri Johor pula, antara kawasan dijangka terlibat adalah Segamat, Mersing, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Beralih ke negeri Sarawak pula, amaran cuaca ini telah dikeluarkan untuk kawasan di Serian, Samarahan, Bentong, Sarikei, Sri Aman, Sibu, Kapit, Song, Bintulu, Miri, Subis, Marudi dan Limbang.

Sementara itu, untuk negeri Sabah pula ia melibatkan kawasan Pedalaman, Beaufort, Kuala Penyu, Keningau, Tambunan, Pantai Barat Tawau, Kunak, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat.

Turut akan mengalami situasi cuaca sama adalah seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam pada itu, Kosmo! Online pagi tadi melaporkan mangsa banjir di negeri Kedah terus meningkat apabila seramai 446 mangsa daripada 139 keluarga kini ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Baling, Pokok Sena dan Pendang.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, sebanyak tujuh PPS dibuka di Baling, dua di Pokok Sena dan satu di Pendang sejak 24 Oktober lalu sehingga pukul 8 pagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI