fbpx

[VIDEO] ‘Unsung hero’ cuci longkang tersumbat tengah lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi dua pekerja sedang membersihkan longkang tersumbat di tengah lebuh raya.

PETALING JAYA – Sanggup mengotorkan badan dan merisikokan diri demi orang lain.

Itu pengorbanan dua individu yang bekerja sebagai penyelanggara lebuh raya apabila dilihat sedang mencuci sebuah saliran yang tersumbat bagi mengelakkan air bertangkung di laluan terbabit.

Aksi kedua-dua lelaki terbabit telah dirakam oleh seorang individu sebelum klip video tersebut dimuat naik di laman Facebook Nibong Tebal Kini.

Berdasarkan klip video berdurasi 20 saat itu, kelihatan seorang lelaki yang hampir 90 peratus badannya berada di dalam lubang saliran terbabit.

Difahamkan lelaki tersebut cuba mengeluarkan bahan yang telah menutupi saliran itu sementara seorang lagi rakannya sedang membersihkan sisa yang telah dikeluarkan dari dalam lubang.

Lebih membahayakan, ketika mereka sedang melakukan kerja-kerja pembersihan tersebut, kelihatan kenderaan turut dipandu laju di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh video tersebut dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna bangga dengan kerja yang mereka lakukan dan menganggap mereka sebagai wira yang tidak didendang ‘unsung hero’.

“Mulianya hati bro berdua ni, ini baru betul unsung hero, sanggup bahayakan diri demi kesenangan orang lain, terbaik bro, semoga Allah sentiasa melindungi kami semua.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mid Yusof.

“Macam ni punya kerja. Naik gaji pun orang tak pertikai,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI