fbpx

Berbasikal awal pagi, penunggang nyaris dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang penunggang basikal nyaris dilanggar di lorong paling kanan jalan raya.

PETALING JAYA – Walaupun terdapat beberapa kes kemalangan maut dilaporkan membabitkan penunggang basikal di jalan raya sejak akhir-akhir ini, namun ia tidak sedikit pun meninggalkan kesan kepada segelintir ‘golongan kayangan’ ini.

Buktinya, mereka masih menunggang di atas jalan raya utama yang turut digunakan oleh kenderaan lain pada masa sama.

Menerusi satu rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsi di laman Facebok Galvin Achai, kelihatan seorang individu sedang menunggang basikal di bahagian lorong paling kanan sebuah jalan raya pada waktu pagi.

Galvin berkata, aksi berbahaya tersebut nyaris mengundang kemalangan jalan raya apabila basikal yang tidak mempunyai lampu keselamatan itu tiba-tiba membelok ke sebelah kiri jalan.

Namun, dia sempat menekan brek bagi mengelak keretanya melanggar penunggang basikal itu.

Jelas Galvin, klip video tersebut dirakam pada 27 Oktober lalu kira-kira pukul 6.11 pagi sekitar kawasan Bintawa, Kuching ketika dalam perjalanan menghantar dua orang anaknya pergi ke sekolah.

Sehingga hari ini, video tersebut telah ditonton lebih 216,000 kali dan dikongsi lebih 5,400 pengguna.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen dan reaksi marah terhadap penunggang basikal terbabit.

“Golongan kayangan memang macam ni perangai, tak serik-serik walaupun sudah banyak kemalangan berlaku, bila ditegur kita pula dimarahkannya,” kata Aboi Alang.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Orang Kampung.

“Dahla menunggang di lorong paling kanan, lampu keselamatan pun tiada, baju pula gelap, nasib baik pemandu sempat brek, kalau tak terus masuk dalam kubur,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI