fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Selangor dan Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Selangor dan Sarawak diramal mengalami hujan lebat dan ribut pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, keadaan cuaca tersebut dijangka berlaku sehingga 10 pagi nanti.

Bagi negeri Selangor, kawasan yang terlibat adalah Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Manakala, bagi negeri Sarawak, ribut petir dan hujan lebat dijangka akan membadai kawasan Mukah, Tanjung Manis, Daro, Matu, Dalat serta Bintulu.

Semalam, Kosmo! melaporkan beberapa taman perumahan serta jalan di sekitar Jabi dan Pekan Pokok Sena, Kedah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih dua jam petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, jalan utama ke pekan Pokok Sena dinaiki air kira-kira satu meter berikutan air deras yang melalui Jabi ke pekan berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI