fbpx

Pusat hiburan salah guna lesen restoran diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di bandar raya tersebut yang menyalah guna lesen restoran.

GEORGE TOWN – Tindakan sebuah pusat hiburan di pusat bandar raya ini yang menggunakan lesen restoran untuk menjalankan aktiviti hiburan mengundang padah apabila diserbu polis semalam.

Seramai 15 pengunjung warga asing ditahan bersama empat pekerja wanita warga asing yang berkhidmat sebagai pelayan pelanggan (GRO) semasa operasi kira-kira pukul 11 malam itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, pihaknya turut mengeluarkan kompaun kepada 39 pengunjung warga tempatan, manakala penjaga premis ditangkap dan dikenakan kompaun atas kesalahan menggaji pekerja asing tanpa permit.

Katanya, semasa serbuan, premis tersebut didapati sedang memainkan muzik dengan kuat selain tiada sebarang penjarakan fizikal.

“Modus operandi premis berkenaan yang menyalahgunakan lesen restoran adalah dengan menjalankan perniagaan makanan restoran pada awal operasi.

“Kemudian mereka menukar menjadi aktiviti seperti pusat hiburan dua jam sebelum premis ditutup pada pukul 12 tengah malam,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 269 kanun Keseksaan serta Seksyen 55B, Seksyen 15(1)(C) dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI