fbpx

Pirlo mahu ikut jejak gemilang Conte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIRLO memikul tugas besar menjadikan Juventus kembali digeruni di peringkat Eropah selain kekal mendominasi saingan Serie A. - TWITTER JUVENTUS

TURIN – Jurulatih baharu Juventus, Andrea Pirlo sedia menjadikan pasukan itu kembali digeruni, sama seperti ketika berada di bawah bimbingan Antonio Conte pada 2011 hingga 2014.

Pirlo dikatakan masih belum memiliki corak permainan tersendiri memandangkan ini adalah kali pertama beliau membimbing sebuah pasukan senior.

Justeru, pengendali berusia 41 tahun itu mahu mengembalikan karakter juara dalam pasukan tersebut, sekali gus bakal me­nyaksikan Juventus beraksi sama seperti enam atau tujuh tahun lalu.

“Saya mahu bawa kembali semangat serta kemahuan yang dilihat semakin pudar dalam pasukan ini sejak beberapa tahun lalu. Saya mahu sebuah pasukan yang mampu mendominasi setiap perlawanan.

“Saya beritahu pemain dua perkara, iaitu mereka tidak boleh terlalu kerap hilang bola serta ja­ngan biarkan pasukan lawan memegang bola terlalu lama,” kata Pirlo.

Dalam pada itu, beliau juga mengagumi pemain baharu yang dibawa masuk dari Barcelona, Arthur apabila mengakui pemain Brazil tersebut amat berkualiti.

“Saya amat kagum dan minat dengan gaya permainannya. Dia adalah pemain tengah yang boleh mengatur serangan serta tenang. Dia sangat berkualiti dan ia beri kelebihan kepada kami nanti,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI