fbpx

Set Super Mario Bros. 2 dijual RM 370,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Set permainan Super Mario Bros. 2 keluaran tahun 1988 ditemui di dalam laci rumah wanita berkenaan. - Harritt Group Inc.

FLOYD, INDIANA – Sebuah permainan video Super Mario Bros. 2 keluaran tahun 1988 milik seorang wanita yang telah meninggal dunia dijual pada harga AS$88,550 (RM366,686), lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Firma lelongan Harritt Group Inc., yang mengendalikan acara jualan harta pusaka Patricia Martin menemui sebuah kotak set permainan keluaran Nintendo Entertainment System (Nintendo) di dalam sebuah laci di rumah wanita berkenaan di Indiana, Amerika Syarikat.

“Apabila pertama kali melihatnya, kami menyangka ia sekadar set permainan video nostalgia keluaran Nintendo yang mempunyai semua jenis permainan seperti Super Mario Bros, Duck Hunt dan Qix.

“Bagaimanapun, selepas diamati, ia adalah suatu penemuan luar biasa kerana koleksi tersebut turut mengandungi set permainan video Super Mario Bros.2 yang belum pernah dibuka,” kata keterangan pada iklan jualan permainan yang dikeluarkan Harritt.

Set permainan itu dijual pada harga AS$88,550 (RM366,686) kepada seorang ahli perniagaan dari Florida.

Sebelum ini, sebuah lagi set permainan video Super Mario 64 mencipta rekod apabila dilelong pada harga mencecah AS$1.56 juta (RM6.5 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN