PETALING JAYA – Betul kata orang, Perodua Myvi mampu meredah apa jua halangan termasuk lebuh raya, hutan, bukit-bukau mahupun sawah.
Bukan itu sahaja, kereta yang diberi nama jolokan ‘king’ ini turut menjadi ikon anak muda kerana kelajuannya yang mampu memotong BMW malah Lamborghini di jalanan.
Terbaharu, satu video tular di media sosial menunjukkan kelebihan king bergerak walaupun berada dalam gear ‘P’.
Bagi kenderaan transmisi automatik, tanda P adalah parking dan tidak boleh bergerak.
Video itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang meninggalkan pelbagai komen.
“King biasalah, Ferrari boleh potong inikan pula gear P.
“Baru-baru ini kita boleh tengok king tarik lori, ada juga yang masuk dalam sawah padi. Puas hati siapa ada king ni, serba boleh,” kata Along Karim.
“Ini satu lagi bukti kemampuan Myvi, lain macam kehebatan ini. Belum masuk D (drive) lagi dah bergerak,” kata Adek Mat Mache pula. – K! ONLINE.