fbpx

Rossi buru podium di Litar Misano

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI mengakui Litar Red Bull Ring tidak memberi kelebihan kepada jentera Yamaha menyebabkan dia gagal meraih kemenangan pada dua aksi sebelum ini. – AFP

SPIELBERG, Austria – Pelumba veteran Yamaha, Valentino Rossi mengakui pasukannya perlu bekerja keras pada saingan MotoGP berikutnya selepas gagal meraih kedudukan podium pada dua perlumbaan Grand Prix (GP) lalu.

Sebagai rekod, Rossi menjadi pelumba Yamaha yang menamatkan saingan di kedudukan tertinggi pada GP Austria dan GP Styria masing-masing di tempat ke-5 dan ke-9.

Kata Rossi, Litar Red Bull Ring sememangnya sudah menjadi tradisi kegagalan buat pasukan Yamaha tetapi itu tidak bermakna pasukan terus mengibarkan bendera putih.

“Kita tahu dengan kelemahan jentera kami pada litar ini yang mana anda perlu mengawal kelajuan dengan cukup berhati-hati dan kami gagal melakukan perkara tersebut.

“Justeru, kami perlu meneliti kembali setiap kelemahan sekiranya mahu kembali berada di landasan yang tepat untuk me­rebut kejuaraan dunia musim ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Rossi percaya GP San Marino yang akan berlangsung di Litar Misano pada perte­ngahan bulan depan lebih sesuai dan boleh memberi kelebihan buat jentera Yamaha.

“Berdasarkan rekod tahun lepas, saya rasa kami boleh kembali mendominasi saingan pada GP San Marino dan tidak mustahil untuk mencatatkan kedudukan podium tetapi dengan syarat segala kelemahan sebelum ini telah diperbaiki,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI