fbpx

Fenomena letusan suria kuat ancam satelit Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej yang dirakam oleh Pusat Pemerhati Dinamik NASA menunjukkan kejadian suar solar kelas X1 meletus dari Matahari, 28 Oktober lepas. - NASA

WASHINGTON – Satu fenomena letusan suria meletus dari Matahari dalam satu daripada kejadian ribut Matahari terkuat yang pernah direkodkan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, Matahari meletupkan suarnya pada kadar paling kuat, yang dikategorikan sebagai letusan kelas X1, yang mencapai kemuncak pada pukul 11.35 pagi (waktu tempatan), Khamis lepas.

Ia terdiri daripada letusan radiasi yang besar dari Matahari yang menghantar zarah-zarah bercas mengalir keluar dari bintang.

“Kelas X menandakan letusan yang paling mencabar, manakala angka yang ditetapkan menjelaskan mengenai kekuatannya.

“Kelas X2 adalah dua kali ganda lebih kuat daripada X1, manakala X3 adalah tiga kali tangga daripadanya.

“Letusan yang dikategorikan sebagai X10 atau lebih dianggap amat kuat,” kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Menurut pemberitahuan dari Pusat Kaji Cuaca Angkasa Lepas Amerika Syarikat, letusan tersebut telah menyebabkan gangguan radio sementara namun kuat, yang merentasi bahagian Amerika Selatan selain turut membahayakan satelit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI