fbpx

Quartararo layak julang gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO (tengah) kembali mengangkat reputasi Yamaha apabila muncul juara dunia bersama pasukan itu selepas enam tahun menanti. – AFP

MISANO – Pengarah Urusan Yamaha, Lin Jarvis percaya pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo layak untuk menjadi juara dunia selepas dia melakukannya pada Grand Prix (GP) Emilia Romagna minggu lalu.

Kejayaan yang dilakar pelumba kelahiran Perancis itu menyaksikan Yamaha kembali memiliki juara dunia selepas kali terakhir dilakukan oleh Jorge Lorenzo pada musim 2015.

Quartararo juga menjadi pelumba ketiga yang menjadi juara dunia di bawah kendalian Jarvis selepas Lorenzo dan juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi melakukannya sebelum ini.

“Secara jujur, saya langsung tidak menjangkakan dia (Quar­tararo) akan menjadi juara dunia. Bagaimanapun, dia mengharungi musim menakjubkan dan layak untuk dinobatkan sebagai juara.

“Dia menampilkan aksi cukup konsisten sepanjang musim dan sentiasa mendapatkan mata. Saya sangat gembira kerana kami kembali memiliki juara dunia selepas enam tahun,” kata Jarvis.

Meskipun mengakui ia tidak sama seperti musim 2015 di mana dua pelumba mereka, Lorenzo dan Rossi menghuni kedudukan 1-2, namun Jarvis menegaskan, kemenangan Quartararo lebih menyeronokkan.

“Ketika kami mendapat kedudukan 1-2 pada 2015, ianya tidak menyeronokkan kerana ada banyak kontroversi. Kali ini, kami benar-benar nikmatinya kerana ia kemenangan yang mutlak,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI