fbpx

Wanita terima jambangan wang berjumlah RM26,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paket wang bernilai lebih RM26,000 yang diterima oleh rakan seorang pengguna TikTok. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini mendedahkan hadiah perkahwinan berupa jambangan wang tunai bernilai 89 juta rupiah (RM25,902) yang diterima oleh rakannya selepas berkahwin, lapor laman berita Suara.com.

Dalam video yang dimuat naik pemilik akaun dengan nama @bicanbyanitamarlina itu, dia menunjukkan jambangan berisi wang tunai yang dibalut kemas dan disusun sehingga mencapai tinggi seorang manusia dewasa.

Wanita tersebut kemudiannya mendapat idea untuk meminta bakal suaminya agar memberikannya hadiah yang sama.

Netizen yang menonton video tersebut kemudian meninggalkan pendapat di ruangan komen.

“Jambangan bunga bernilai sejuta rupiah (RM295) pun belum pernah saya terima, inikan pula jambangan wang begini,” komen seorang netizen.

“Kalau saya, lebih baik wang itu dipindahkan di akaun bank sahaja, namun tidak mengapa kerana yang penting itu adalah wang,” komen seorang netizen lain. 

Video tersebut sehingga kini telah mendapat lebih 50,000 tanda suka dengan lebih 600 komen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI