fbpx

Mayat lelaki kena kelar ditemui dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu kereta Toyota Camry di lokasi semalam.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya besar di Gelugor, di sini semalam.

Difahamkan, mayat lelaki berusia 48 tahun itu dijumpai di tempat duduk pemandu oleh orang awam yang melalui kawasan tempat meletak kereta aras satu kira-kira pukul 7.15 malam.

Turut ditemui adalah sebilah pisau di dalam genggaman tangan kiri mangsa.

Pasukan bomba mengambil masa kurang lima minit untuk membantu membuka pintu kereta jenis Toyota Camry berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan bagi bantuan membuka pintu kereta itu pada pukul 7.34 petang dan tiba kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati berlaku kejadian cubaan membunuh diri melibatkan seorang lelaki di dalam sebuah kereta.

“Kematian lelaki itu disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang terlebih dahulu tiba.

“Tindakan anggota adalah membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas kurang lima minit. Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI