fbpx

Isteri kesal suami pemalas, hanya tahu memancing, bela burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan menunjukkan seorang lelaki yang sedang memancing. - CGTN

JAKARTA – Luahan hati seorang isteri dari Indonesia yang kesal dengan sikap pemalas suaminya menjadi tular di media sosial baru-baru ini dengan ramai yang meluahkan rasa simpati kepada wanita itu, lapor laman berita Suara.com semalam.

Curahan hati panjang yang ditulis dalam bahasa Jawa itu dikongsikan oleh akaun Twitter @melianach. Pada mulanya, cerita tersebut dikongsikan oleh sebuah kumpulan laman sosial Facebook, Info Cegatan Jogja.

Menerusi luahan hati itu, wanita tersebut menjelaskan bahawa suaminya merupakan seorang penganggur, menyebabkan dia terpaksa membanting tulang bagi menyara kehidupan mereka.

Dia juga terpaksa menanggung perbelanjaan motosikal dan membeli susu anak.

Suaminya pula seharian hanya melakukan hobinya iaitu memancing dan memelihara burung.

Malah, lelaki itu juga amat marah sekiranya diberi nasihat berkenaan hobinya itu dengan menyatakan bahawa membela burung dan memancing merupakan keutamaan dalam hidupnya.

Luahan hati si isteri mendapat perhatian netizen yang kemudiannya berkongsi pendapat di ruangan komen.

“Ini merupakan fenomena suami pemalas, isteri bekerja,” tulis seorang netizen.

“Adik saya pernah dimarahi kerana bergurau dengan mengatakan mahu membiarkan isterinya sahaja yang bekerja,” tulis seorang netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI