fbpx

Bomba bawa turun pendaki maut di Gunung Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang berjaya dibawa turun oleh pasukan bomba.

REMBAU – Pasukan penyelamat diketuai pasukan bomba membawa turun seorang pendaki yang dipercayai meninggal dunia semasa dalam perjalanan Trans Naning di Gunung Datuk, di sini pagi tadi.

Mangsa, Mohd Azam Che Mat, 45, yang merupakan pekerja sebuah kilang di Seremban disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik sebaik dibawa turun ke tapak kaki Gunung Datuk pada pukul 2.20 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Arif Ahmad Osasi, pasukannya menerima maklumat pada pukul 9.28 pagi dan kebetulan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) sudah berada di lokasi berikutan terdapat dua program dijalankan di Gunung Datuk.

“Mangsa dilaporkan sudah tidak sedarkan diri kira-kira 300 meter dari puncak Gunung Datuk di mana mangsa bersama 18 ahli kumpulan yang lain sedang menuju ke Gunung Gagak.

“Pasukan penyelamat bersama sukarelawan keseluruhannya seramai 30 orang bergilir-gilir mengusung mangsa turun dari puncak gunung setinggi 884 meter dari aras laut,” katanya ketika ditemui di Tapak Kaki Gunung Datuk, di sini, hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI