fbpx

Mira Filzah pakai sari, netizen yang panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA FILZAH

Minggu lalu kecoh satu Malaysia dengan isu Mira Filzah memakai pakaian tradisional masyarakat India. Semuanya bermula apabila Mira Filzah mengenakan lehenga dalam satu video promosi jenama kanta lekap. Tiada isu pun sebenarnya.

Menggelegak juga darah Mizz Lahar apabila benda yang tak sepatutnya diperbesarkan menjadi isu negara.

Bagi Mizz Lahar, apa yang Mira Filzah buat itu tak sepatutnya dijadikan isu yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum.

Meriah timeline media sosial Mizz Lahar dengan cerita tersebut. Ramai pula yang jadi golongan ‘cendekiawan’ dengan melontarkan pelbagai jenis pendapat mengenai isu cultural appropriation itu.

Ada yang menghentam dan ada yang menyebelahi Mira.

Mizz Lahar bukanlah hendak menyebelahi Mira, tapi kita hidup dalam sebuah negara berbilang kaum dan bebas memakai apa sahaja pakaian masyarakat lain seperti sari, baju kurung dan cheongsam. Malah, tiada isu menggunakan pakaian kaum lain walaupun untuk tujuan promosi.

Nak kata kecewa sampai nak nangis tidaklah, tetapi sedihlah dengan kemiskinan minda rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi hal begini kecoh semasa Bulan Kemerdekaan. Rupa-rupanya, nama sahaja

negara dah 63 tahun merdeka, tetapi golongan netizen yang rata-rata lahir pada zaman serba moden dan merdeka ialah manusia dangkal lagi terperosok akal tempurung kelapa.
Mizz Lahar malas nak cakap banyak, bosan!

MIZZ LAHAR: Tahniah Hetty Sarlene dan suami kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Katanya anak lelaki!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI