PONTIAN – Seorang remaja hilang dikhuatiri lemas setelah terjatuh di Sungai Benut berhampiran belakang Pasar Awam Benut, di sini hari ini.
Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abdul Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.59 pagi sebelum menghantar tujuh anggota ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba dilokasi, memang benar mangsa telah terjatuh ke dalam sungai dan lemas.
“Siasatan awal mendapat mangsa dikenali sebagai Mohd. Akmal Jamaluddin berusia 17 tahun. Operasi mencari masih diteruskan ketika ini,” ujarnya dalam satu kenyataan disini hari ini.
Difahamkan, mangsa bersama bapanya turun mencari udang di sungai berkenaan dan dalam perjalanan pulang bot yang dikemudi terlanggar tunggul kayu.-K! ONLINE