fbpx

8 lokasi Kuala Langat berdepan limpahan air pasang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ga

KUALA LANGAT – Lapan lokasi di daerah ini berkemungkinan menghadapi limpahan air akibat fenomena air pasang selama lima hari bermula Rabu depan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd. Rahim berkata, ini melibatkan Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjong Sepat.

Katanya, risiko berlakunya kejadian banjir menjadi lebih buruk berkemungkinan terjadi sekiranya hujan lebat dan angin kencang serentak bersama air pasang besar.

“Penduduk di pesisir pantai di daerah ini disaran untuk lebih berhati-hati dan berwaspada.

“Justeru, orang ramai yang tinggal di pesisir pantai turut disaran agar menyimpan semua dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat serta mudah diambil sekiranya berlaku kejadian banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, lima kawasan peranginan pantai dan kemudahan-kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk akan ditutup sepanjanh tempoh tersebut.

Ini melibatkan Pantai Kelanang, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjong Sepat. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI