fbpx

Lelaki maut motosikal rempuh MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di persimpangan Kilometer 73 jalan Kuala Lumpur menghala ke Ipoh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, ketika kejadian MPV yang dipandu seorang lelaki berusia 62 tahun dalam perjalanan dari arah Tanjung Malim menghala ke Kalumpang.

Menurut beliau, setibanya di lokasi kejadian, pemandu MPV berkenaan membelok secara tiba-tiba untuk memasuki simpang sebelah kanan.

“Sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak MPV dipandu pesara kerajaan itu sebelum merempuh bahagian sisi kiri kenderaan itu.

“Akibat rempuhan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Arsad, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat, manakala pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI