fbpx

11 negeri dilanda hujan lebat, ribut petir malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 11 buah negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan ribut petir serta hujan lebat itu dijangka akan melanda seluruh negeri Perak dan Melaka.

Keadaan cuaca itu juga diramalkan akan melanda beberapa daerah di negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

“Di Kedah, kawasan yang diramalkan akan berlaku hujan dan ribut petir ialah di Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang, ia melibatkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Sementara itu, cuaca sama juga dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan seperti Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang. Selain di Besut, Terengganu,” katanya di sini hari ini.

MetMalaysia juga berkata, amaran ribut petir itu turut dikeluarkan bagi Kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut di Pahang.

“Di Selangor pula, cuaca sama bakal berlaku sehingga pukul 9 malam ini di Sabak Bernam Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Manakala di Negeri Sembilan, cuaca berkenaan dijangka melanda kawasan Port Dickson.

“Hujan lebat berserta ribut petir turut dijangka berlaku di Batu Pahat dan Pontian, Johor. Manakala di Sarawak, kawasan yang bakal mengalami hujan berserta ribut petir ialah di Betong, Sarikei (Pakan), Kapit (Bukit Mabong dan Belaga) dan Miri,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI