fbpx

37 peratus pekerja di AS sanggup menganggur daripada divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan individu melakukan mogok menentang mandat mewajibkan suntikan vaksinasi di New York. - Getty Images

WASHINGTON – Satu tinjauan baharu mendedahkan bahawa lebih satu per tiga daripada pekerja di Amerika Syarikat (AS) yang tidak divaksin sanggup berhenti kerja sekiranya majikan melaksanakan mandat yang mewajibkan mereka mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19, lapor akhbar New York Post semalam.

Tinjauan yang dilakukan oleh Pertubuhan Keluarga Kaiser itu mendapati bahawa kira-kira 37 peratus pekerja yang tidak divaksin lebih rela meninggalkan kerjaya mereka daripada mendapatkan suntikan vaksinasi.

Kadar itu mewakili hampir lima peratus penduduk dewasa di AS.

Tambah kaji selidik tersebut, sekiranya pilihan untuk melakukan ujian saringan setiap minggu ditarik balik, kadar itu meningkat kepada 72 peratus.

Kajian yang melibatkan 1,519 individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas itu dijalankan pada 18 hingga 24 Oktober lalu.

Bulan lalu, Presiden AS, Joe Biden mengumumkan perintah menyeluruh bagi perniagaan yang mempunyai jumlah pekerja seramai 100 orang atau lebih untuk mewajibkan pekerja mereka diberi vaksin Covid-19 atau menjalani ujian mingguan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI