fbpx

Pasukan elit ala ‘komando’ banteras penerokaan tanah secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) menyampaikan sijil tamat kursus Pasukan Elit Penguatkuasaan Negeri Pahang di Kem PGA Bukit Galing, di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Kedegilan peneroka haram yang seolah-olah tidak gentar dengan tindakan undang-undang memaksa kerajaan negeri mangambil langkah drastik dengan menubuhkan pasukan elit penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kegiatan pembalakan, pelombongan dan penerokaan tanah secara haram masih tetap berlaku di negeri ini walaupun kerajaan negeri memandang serius serta menetapkan hukuman berat terhadap kesalahan itu.

“Dengan penubuhan pasukan elit ini diharapkan dapat membanteras kegiatan haram itu dengan lebih berkesan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian penutup kursus pasukan elit Penguatkuasaan negeri Pahang di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Galing, di sini, hari ini.

Menurutnya, pasukan yang dianggotai 20 orang itu diletakkan dibawah Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dan skop tugas utama mereka ialah memastikan aktiviti penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

“Anggota yang dilantik adalah lepasan Diploma berusia 30 tahun kebawah dan telah melepasi saringan kecergasan, ujian fizikal, tapisan keselamatan, tapisan insolvensi dan ujian personaliti.

“Pasukan ini juga menerima latihan secukupnya dalam pelbagai sudut termasuk perundangan, mempertahankan diri, penggunaan senjata api dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.9 juta setahun untuk pasukan elit ini sekali gus membuktikan bahawa pihaknya begitu serius membanteras kegiatan haram terbabit.

Ujarnya, antara fungsi pasukan elit penguatkuasaan itu termasuklah memberi fokus kepada perisikan, pengintipan dan pencegahan awal, serta meninjau situasi awal di lapangan selain diberi kuasa memegang dan menggunakan
akan senjata api. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI