fbpx

Belanjawan 2022: Tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 kepada sembilan peratus sehingga Jun 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pengurangan itu melibatkan anggaran nilai RM2 bilion.

“Kerajaan amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh rakyat akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan, terutamanya dari segi pengurusan aliran tunai.

“Kerajaan juga bercadang untuk meluaskan pelepasan cukai sehingga RM4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman secara sukarela seperti mereka yang bekerja sendiri dalam sektor gig,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI