fbpx

Kontroversi ledakkan Instagram Kim Seon-ho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SEON-HO

UMUM tahu kisah hitam yang menjadi mimpi ngeri buat aktor Kim Seon-ho yang terpalit dengan kontroversi selepas pendedahan bekas kekasihnya berhubung pengguguran kandungan dan kahwin tak jadi antara mereka.

Disebabkan hal itu, dia terpaksa mengucapkan selamat tinggal terhadap beberapa projek filem dan program yang disertainya.

Biarpun telah memohon maaf atas kesilapam yang dilakukan, nama Seon-ho terus menerus menjadi perhatian dan sebutan netizen.

Satu hakikatnya harus disedari juga, walaupun terus dirundung kontroversi, para peminat tetap menunjukkan sokongan yang utuh buat Seon-ho.

Bahkan, jumlah pengikut Instagram rasminya turut meningkat lebih 200,000 orang dalam masa seminggu menjadikan semuanya 7.6 juta pengikut terkini.

Malah, terdapat peminat yang memuat naik mesej sokongan dalam laman sembang komuniti dengan kata-kata semangat.

“Disebabkan awak telah menjadi kekuatan kami selama ini, tiba masanya kami menjadi kekuatan awak.

“Kami akan sentiasa menanti kemunculan semula awak, tidak kisah bila pun.

“Tapi janji, tolong jangan putus harapan, awak adalah cahaya dan harapan kami,” tulis peminat.

Bukan itu sahaja, banyak tanda pagar dalam media sosial menjadi sohor kini bagi menunjukkan sokongan ramai di belakangnya seperti #I_support_KimSeonho dan #I_trust_,KimSeonho.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI