fbpx

Bajet 2022: 20,000 pengusaha pelancongan dapat bantuan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Sebanyak 20,000 pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk tempoh tiga bulan bakal menikmati bantuan khas menerusi Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan khas kepada pemain industri itu melibatkan peruntukan belanjawan sebanyak RM85 juta.

“Selain itu, kerajaan juga akan memberikan geran padanan bagi tujuan pembaikan kepada
738 hotel bajet yang berdaftar di bawah MOTAC serta geran pembaikan kepada pemilik inap desa berdaftar dengan peruntukan berjumlah RM30 juta.

“Pemberian geran padanan kepada syarikat yang menganjurkan program berkaitan seni dan budaya juga akan diperuntukan dengan dana sebanyak RM50 juta serta RM60 juta untuk tujuan promosi pelancongan,” katanya di Dewan Rakyat tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI