PETALING JAYA- Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan subsidi sebanyak 50 peratus atau sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak menerusi Bajet 2022.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, subsidi berkenaan melibatkan peruntukkan sebanyak RM30 juta.
“Susulan itu, sebanyak 188,000 penerima daripada keluarga B40 dijangka menerima manfaat tersebut.
“Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM24 juta bagi menjamin kesihatan kanak-kanak di dalam kumpulan miskin bandar melibatkan negeri Selangor, Johor dan Pulau Pinang,” katanya di Dewan Rakyat tadi. -K! ONLINE