fbpx

Bajet 2022: Bidang TVET, peluang pekerjaan diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM6.6 bilion bagi memperkasa bidang Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi permintaan pekerja keperluan industri.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Dewan Rakyat berkata, sebanyak RM4.8 bilion juga diperuntukkan untuk menjamin penyediaan 600,000 peluang pekerjaan di bawah inisiatif JaminKerja.

“Kerajaan turut bersetuju memperuntukkan sebanyak RM2 bilion untuk memberi insentif gaji, melalui PERKESO, bagi majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, seramai 300,000 orang.

“Selain itu juga, inisiatif MySTEP diteruskan dengan menawarkan 80,000 penempatan pekerjaan dalam sektor awam dan GLC,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI