fbpx

Sebulan ghaib, rupa-rupanya Instagram Caprice kena gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE memaklumkan bahawa akuan Instagramnya digantung berhubung dakwaan isu seksual.

PETALING JAYA – Hampir sebulan ghaib dan menghilangkan diri daripada media sosial sehingga menimbulkan tanda tanya, penyanyi rap popular Caprice akhirnya membuat kemunculan semula dalam Instagram sekali gus meleraikan misteri kehilangannya sebelum ini.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata, akaun Instagramnya disekat pengendali platform berkenaan sejak 4 Oktober lalu kerana dikatakan mengandungi unsur buli dan gangguan seksual.

“Akaun kena suspended (gantung) sebab video terakhir 4 Oktober lalu banyak kali kena report (lapor).

“Insya-Allah minggu ini dapat post (buat hantaran) semula nanti,” katanya.

Terdahulu, misteri kehilangan rapper kontroversi itu menjadi tanya tanya dan persoalan netizen selepas lama menyepi dalam platform itu.

Meninjau laman Instagram pelantun lagu Kau Hade itu kali terakhir memuat naik video ulasan pada 8 Oktober lalu dengan menyentuh mengenai isu gangguan seksual dalam kalangan rakan sekerja.

Sehari sebelum itu, Caprice turut mengulas mengenai isu sama namun menggunakan berita membabitkan lelaki beruniform dipercayai tentera sedang menghisap jari seorang jurujual wanita.

Pada masa sama, Caprice berkata, kemungkinan akaun Instagramnya akan terus dipadam sekiranya dia terus melanggar garis panduan yang ditetapkan pengendali platform popular berkenaan. Setakat ini, Instagram juga telah memadam lima hantaran dalam Instagram Caprice dari tarikg 4 hingga 8 Oktober.

Mengikut perancangan, Caprice sepatutnya melancarkan single rap terbaharunya, Tiger of Al Quds pada 21 Oktober lalu selepas ditangguhkan daripada tarikh asal iaitu 10 Oktober.

Lagu dan muzik video berkenaan telah dirakamkan di Jordan dan Mesir ketika dia cuba untuk memasuki Palestin demi melunaskan misi kemanusiaannya di Palestin sebelum ini.

Nama Caprice menjadi sebutan susulan isu tidak sebulu dengan pendakwah bebas, Ebit Lew akibat permasalahan yang timbul semasa misi bantuan kemanusiaan Palestin sejak Jun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI