fbpx

Waran tangkap kongsi gelap Hai San, Ghee Hin dipamerkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muzium Perak di Taiping bakal dibuka semula kepada umum pada 2 November ini.

TAIPING – Orang ramai berpeluang melihat dokumen waran tangkap ke atas kumpulan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin apabila buat pertama kali dipamerkan pada Pameran Taiping Retrospektif Sejarah di Muzium Perak di sini.

Koleksi bersejarah itu antara yang menjadi bahan pameran selain artifak lama sejak era kolonial milik pasukan polis, penjara, kesihatan termasuk koleksi Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Pengarah Muzium Perak, Zarinah Sarifan berkata, pameran yang akan berlangsung pada 20 November nanti bertujuan menyemarakkan kembali pelancongan domestik selaras dengan kebenaran rentas negeri.

Menurut beliau, koleksi barangan dari Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) antaranya dokumen waran tangkap terhadap dua kumpulan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin, alat pasong dan pakaian seragam polis Sikh semasa era British dipinjamkan untuk pameran.

“Buat pertama kalinya artifak kepolisan ini dipamerkan kerana Taiping merupakan Bandar Garison pada pertengahan dan penghujung abad ke 19 menjadi pangkalan bagi pasukan keselamatan seperti polis dan tentera.

“Simbol keselamatan kuasa kolonial di utara Tanah Melayu terletak di Taiping ini, sebab itu kita dapatkan koleksi ini supaya masyarakat boleh melihat bagaimana bandar Taiping kekal relevan sebagai bandar Garison hingga kini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI