PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) hari ini sudah menyelesaikan pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat Majlis Presiden.
“Hasil rundingan itu, jumlah yang akan ditandingi ialah, DAP kekal lapan kerusi, Parti Amanah Negara (Amanah) sembilan dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) akan bertanding 11 kerusi,” katanya pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini. – K! ONLINE