fbpx

Guardiola terkedu The Citizens tersingkir pada saingan EFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA rela melepaskan pemain-pemain utama yang mahu beralih angin pada jendela perpindahan musim ini, - AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola terkedu selepas menyaksikan kegagalan anak-anak buahnya mempertahankan kejuaraan Piala Liga selepas tersingkir pada pu­singan keempat apabila tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada West Ham awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium London itu, Guardiola mempertaruhkan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan tonggak utama seperti Kevin de Bruyne, Raheem Sterling dan Riyad Mahrez dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Liga buat kali kelima berturut-turut sejak 2018.

Namun, skuad The Hammers mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menyekat The Citizens apabila perlawanan berakhir seri tanpa jaringan sebelum meraih kemenangan 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Kata Guardiola, kekalahan kepada West Ham pahit untuk ditelan tetapi terpaksa terima keputusan itu dengan tangan terbuka memandangkan anak-anak buahnya tewas kepada pasukan yang lebih baik.

“Kita telah menjuarai trofi ini empat tahun berturut-turut dan tiada rezeki buat pasukan mempertahankan kejuaraan musim ini. Saya tidak mahu menyalahkan pemain kerana mereka telah berikan yang terbaik sepanjang perlawanan.

“Cuma, apabila perlawanan diputuskan menerusi sepakan penalti, saya anggap ia adalah nasib buat mana-mana pasukan dan West Ham lebih bersedia untuk menghadapi situasi itu apabila menyempurnakan semua tendangan yang diberikan.

“Pujian juga wajar diberikan buat pasukan lawan yang mempamerkan prestasi cukup memberangsangkan musim ini selain konsisten tidak kira pada saingan Piala Liga, Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Europa. Saya ucapkan selamat maju jaya buat mereka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI